Friday, August 31, 2012
HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55
Tanggal Tiga Puluh Satu
Bulan Lapan
Lima Puluh Tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah Merdeka.
Ia pasti menjadi sejarah.
Memang sudah menjadi satu sejarah buat saya...
Tetap satu sejarah yang bermakna dan membanggakan semua warga Malaysia.
Jika saya dipersoalkan beberapa tahun yang lalu, mengapa saya ingin menyambut hari kemerdekaan bersama warga-warga Malaysia yang lain, saya boleh menjawab tanpa rasa was-was kerana saya ikhlas, inginkan sangat menunjukkan rasa syukur kepada pemimpin-pemimpin yang berjuang and bekerja keras ke arah kemerdekaan Malaysia!
Lawatan sambil belajar yang dianjurkan sekolah rendah semasa saya di darjah 2 telah berjaya memupuk semangat patriotik dalam diri saya. Saya mengagumi Tugu Negara sebagai lambang mengorbanan para perajurit negara demi kemerdekaan negara. Saya amat berterima kasih kepada para pahlawan negara sekalian.
Jika saya dipersoalkan sekarang, kemungkinan besar saya tidak dapat lagi meluahkan perasaan yang sama lagi. Sambutan kemerdekaan bagi saya sekarang hanyalah sekadar untuk menyambut satu lagi cuti umum di antara cuti-cuti umum yang ditetapkan. Amat menyedihkan...
Saya masih ingat kawan-kawan yang berada di luar negara sering bertanya kenapa saya tidak mencuba nasib di tempat lain. Saya ingin, teramat ingin, tetapi bila mengenangkan ahli-ahli keluarga yang tersayang di Malaysia, saya membuat keputusan untuk tinggal kembali di Malaysia.
Makanan di Malaysia adalah satu lagi daya tarikan bagi saya untuk teruskan kehidupan di Malaysia. Makanan tradisional dari berbilang kaum di Malaysia memang membuat saya berat hati untuk meninggalkan Malaysia. Pasti saya tidak akan dapat merasa kelazatan nasi lemak, mee goreng mamak, mee rasa udang, teh tarik, roti canai dan sebagainya di mana-mana tempat selain dari Malaysia.
Beberapa bulan yang lalu, kebetulan kereta saya melalui jalan menuju ke Tugu Negara. Saya cuba mengungkil kembali kenangan semasa di darjah 2. Tiada lagi... Saya dapat merasakan pemimpin-pemimpin UBAH bagaikan para perajurit di Tugu Negara. Semangat UBAH dimatikan kerajaan and dipaksa bersemadi bersama para perajurit. Semangat perajurit yang berjuang ke arah demokrasi kini dianggap sebagai ancaman kepada negara. Kebebasan yang kita dapat selepas pertaruhan bermati-matian untuk beberapa dekad telah ditarikbalik oleh kerajaan dengan tanpa sebab?! Hak bersuara kami sekarang lebih lemah berbanding dengan activis-activis pada zaman sebelum kemerdekaan?! Kini kami sudah merdeka tetapi tidak berhak untuk bersuara?! Kemerdekaan Malaysia di mata dunia, pentadbiran diktator di dalam negara?
Walau bagaimanapun, saya tetap Anak Malaysia! Saya cintakan Malaysia (atas sebab-sebab lain)!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-55.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment